DALAM persekitaran dunia media sosial, manusia bebas berkata apa sahaja. Sama ada mahu menyindir, mengkritik atau menghina sesiapa sahaja sekalipun, semuanya boleh dilihat di semua platform media sosial.
Netizen sudah hilang pertimbangan untuk menyuarakan apa sahaja yang terbayang di fikiran mereka tanpa ada rasa sensitif terhadap individu-individu yang menjadi sasaran mereka.
Yang sering menjadi sasaran netizen ialah golongan selebriti yang tidak henti-henti menjadi mangsa melepaskan geram masyarakat.
Di Indonesia baru-baru ini, aktor ternama Anjasmar Prasetya misalnya tidak mampu lagi menyembunyikan rasa marah dan kecil hatinya pada seorang pengguna Instagram yang telah menghina bentuk fizikal isterinya, aktres Dian Nitami
"Masakan kamu kata isteri aku tidak cantik. Aku sendiri tidak pernah mengatakan (jika benar) isteri aku tidak cantik," kata Anjasmara membalas hinaan netizen pada isterinya seperti dilaporkan portal Kompas.
Jawapan balas Anjasmara itu menarik perhatian individu yang memberikan komen tidak manis berkenaan sekali gus mengirim mesej secara peribadi memohon maaf kepada pelakon tampan itu melalui kotak pesanan langsung (DM).
Bagaimanapun, tindakan netizen berkenaan memohon maaf melalui mesej sedemikian masih tidak dapat diterima Anjasmara.
"Dia DM (direct message) katanya minta maaf. Tapi takkan sebegitu saja? Sekadar hantar mesej (melalui Insta Story). Mudah benar (minta maaf)," kata Anjasmara lagi.
Menurut Anjasmara, adalah tidak adil bagi netizen berkenaan memohon maaf semudah itu sedangkan penghinaan yang dilakukan meninggalkan kesan yang sangat besar pada isterinya.
"Kamu tahu tidak yang kamu sudah sakiti isteri saya? Kamu tahu atau tidak saya ambil masa yang cukup lama untuk menjadikan isteri saya yakin pada dirinya sendiri? Sekarang, begitu mudah kamu hancuri (keyakinan diri Dian) dan dengan mudah minta maaf," tegas Anjasmara.
Pelakon drama bersiri Romi dan Juli itu secara peribadi memberitahu, sebolehnya dia mahu menjauhkan diri daripada mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja.
Jauh sekali, tegas Anjasmara, untuk memanjangkan konflik sehingga ke peringkat membuat laporan kepada pihak berkuasa.
"Tapi, kalau sampai keterlaluan (tindakan), saya fikir kita harus sama-sama belajar untuk menjadi lebih baik lagi. Saya sebenarnya malas untuk tangani hal-hal sebegini (penghinaan) tapi isteri saya dibuli. Kalau saya dibuli, mungkin saya boleh berdiam diri," sambungnya lagi.
Kemarahan Anjasmara bertitik tolak pada komen mengguris hati seorang netizen terhadap bentuk hidung isterinya sehingga menjadi tular di laman sosial.
"Seharusnya tidak ada masalah kalau kita saling memberikan komen-komen yang membangun," ujar Anjasmara.
Sebelum bertindak untuk melaporkan hinaan itu kepada pihak berkuasa, Anjasmara meminta netizen berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Jika kamu tidak membuat permohonan maaf baik di media sosial atau di akhbar Kompas satu muka penuh, maka saya tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa," kata Anjasmara memberi peringatan itu di akaun Instagram peribadinya.
Selain di akhbar arus perdana Kompas, Anjasmara juga mahu netizen itu membuat permohonan yang sama di Live Instagram agar dia dan isterinya dapat melihat dengan jelas wajah si pelaku itu.
Anjasmara turut memaklumkan, dia sudah mempunyai senarai latar belakang netizen itu termasuk maklumat mengenai kad pengenalan dan pasport antarabangsanya.
Astro Awani
Mon Dec 31 2018
ANJASMARA marah dan kecil hati apabila netizen menghina fizikal isterinya, Dian Nitami. - Gambar Ihsan portal Kompas
Niaga AWANI: Peluang pelaburan di pasaran saham Malaysia: Potensi pertumbuhan dan risiko
Data terkini menunjukkan prestasi kukuh indeks S&P 500, tetapi risiko pembetulan mungkin berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Ini mendorong pelabur untuk mencari peluang alternatif. Pasaran saham Malaysia, yang merangkumi sektor teknologi hingga penjagaan kesihatan, menawarkan proposisi risiko-pulangan yang menarik.
Mari kita dengar pandangan Ketua Penyelidikan Pelaburan, Mohd Sedek Jantan, mengenai pelaburan strategik di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran saham FBMKLCI.
#NiagaAWANI
Mari kita dengar pandangan Ketua Penyelidikan Pelaburan, Mohd Sedek Jantan, mengenai pelaburan strategik di Malaysia dan faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran saham FBMKLCI.
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: SPM 2023: Cemerlang Atau Gagal, Ke Mana Hala Tuju
Pelajar bimbang? Atau ibu bapa yang lebih risau dengan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023?
Ketahui tip perancangan pendidikan tinggi dan emosi yang berkesan dalam perbincangan #AWANIPagi bersama Prof Madya Dr Mohd Nazri dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya.
Ketahui tip perancangan pendidikan tinggi dan emosi yang berkesan dalam perbincangan #AWANIPagi bersama Prof Madya Dr Mohd Nazri dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya.
AWANI Ringkas: Keputusan SPM 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Arwah Abnil Hajar, jemaah pertama yang meninggal di Mekah rajin solat di masjid
Katanya, ada ketika mereka ke masjid di kampung di Kubang Pasu bersama dengan bermotosikal, dan kadangkala arwah berjalan kaki sendirian.
Kerajaan perlu wujud kerangka kawal selia AI, elak salah guna
Hal ini kerana penggunaan teknologi AI merupakan platform terbaharu yang digunakan oleh masyarakat ketika ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Mei 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi;
Keputusan SPM 2023 hari ini
Subsidi Diesel: Apa langkah tangani ketirisan?
Lagi kes gelora udara, kali ini libatkan Qatar Airways
Keputusan SPM 2023 hari ini
Subsidi Diesel: Apa langkah tangani ketirisan?
Lagi kes gelora udara, kali ini libatkan Qatar Airways
Pasang, manfaat aplikasi VSP untuk bantu cegah jenayah - PDRM
Wan Hassan berkata PDRM komited memperluas penggunaan VSP kerana penggunaan aplikasi itu kurang popular.
Enam sungai di Lembah Klang dimonopoli ikan asing
Sebanyak enam sungai di Lembah Klang dimonopoli spesies ikan asing seperti ikan bandaraya, tilapia hitam dan keli afrika.
Kekal tiga teratas, Aisha Retno juara minggu Mega Dansa
Meskipun tidak punya banyak masa untuk berlatih di minggu Mega Dansa, Aisha Retno tetap memberikan persembahan terbaiknya sehingga berjaya bergelar juara The Hardest Singing Show (THSS) untuk minggu ketiga.
Selangor kenduri gol, benam Negeri Sembilan 4-0
Selangor perlu menunggu hampir sejam sebelum berjaya merobek gawang Negeri Sembilan untuk kemenangan bergaya 4-0 di Stadium MPBJ, Kelana Jaya, pada Malam Ahad.
Berang isteri dihina, Anjasmara tuntut netizen mohon maaf di akhbar
Anjasmar Prasetya marah dan kecil hatinya pada pengguna Instagram yang telah menghina bentuk fizikal isterinya, aktres Dian Nitami.